Subscribe

RSS Feed (xml)

Sunday, June 28, 2009

Lupakan Start Menu Gunakan Launchy


Perisian ini memudahkan anda melancarkan program dengan hanya menaip nama program tersebut, sekiranya anda ingin menggunakan word hanya taip "word" launchy akan memaparkan shortcut ke word. Anda tidak perlu pergi ke start>program files>microsoft office>word hanya perlu taip "word' di perisian ini. Cepat dan mudah..

Download Disini..


Baca Lagi>>>

Pendidikan Kekal Agenda Penting Misi Nasional - Najib

KUALA LUMPUR 27 Jun — Pendidikan akan terus menjadi agenda utama dalam melaksanakan misi nasional dan objektifnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya walaupun dengan model ekonomi yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan namun ia tidak mungkin dapat dicapai sehingga atau kecuali bila negara mampu melahirkan masyarakat berkualiti dan sesuai, yang dikaitkan dengan pendidikan dan nilai-nilai hidup.

“Pendidikan bukan semata-mata melahirkan seorang insan akademik...ianya mengenai seorang yang menerima pendidikan dalam hati dan minda. Inilah tujuan sebenar pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Sekolah-Sekolah Mubaligh Malaysia di sekolah St John Institution di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata selain kurikulum pendidikan, faktor lain yang mempunyai pengaruh kuat terhadap pelajar ialah nilai moral dan budaya sekolah yang membantu mencorakkan sikap dan kepercayaan pelajar berkenaan.

“Bagi misi itu, sekolah mubaligh diiktiraf sebagai sekolah dengan ciri-ciri khas...di mana ia sejajar dengan hasrat saya melihat konsep sebenar 1Malaysia,” kata Najib.

Menurutnya sebahagian daripada pakej gagasan 1Malaysia adalah termasuk nilai asas bahawa semua rakyat Malaysia harus menerimanya dengan penuh hati kepelbagaian dalam negara ini sebagai satu kekuatan dan bukan punca masalah.

“Gesaan 1Malaysia menjangkau konsep toleransi...sebaliknya ia meminta peralihan corak pemikiran dengan penerimaan secara menyeluruh kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat kita,” katanya.

“Saya meminta semua rakyat Malaysia supaya berubah kerana perjalanan ini adalah mengenai transformasi corak pemikiran...dengan tidak begitu membezakan dari segi etnik dan agama tetapi sebaliknya apa yang kita boleh sumbangkan kepada negara ini.

“1Malaysia bermaksud sebuah kewarganegaraan, satu impian dan satu negara.

Jika kita percaya dan mengikuti jalan ini, saya percaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih kuat,” katanya.

Najib berkata beliau bertuah kerana menghabiskan hampir sedekad alam persekolahannya di sekolah berkenaan yang diiktiraf kerana komitmen bukan sahaja dalam menawarkan pendidikan berkualiti tetapi juga terkenal kerana menyemai ciri-ciri seperti bekerja keras, ketabahan, sikap rendah diri dan berperikemanusiaan di kalangan pelajar.

“Saya dan generasi Malaysia terhutang budi dengan guru dan St John Institution,” katanya.

Pada sidang media kemudian, Najib mengumumkan bahawa sekolah St John Institution, yang dibuka pada 1904, akan diisytiharkan sebagai tapak warisan negara pada satu majlis 12 Julai ini.

Beliau juga turut berkata Kementerian Pelajaran akan mengkaji semua isu dan permohonan berhubung sekolah mubaligh di negara ini yang dibangkitkan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang juga pengerusi persidangan itu, dalam ucapannya sebelum itu.

“Saya harap Kementerian Pelajaran akan mengkaji secara serius permintaan mereka di mana kita boleh menampung dan jika ianya selaras dengan dasar kerajaan maka saya fikir kita harus menampung permintaan mereka,” katanya.

Antara isu dan permohonan yang dibuat oleh Dompok, bagi pihak persidangan itu, ialah pemuliharaan budaya, cir-ciri sekolah mubaligh, pembiayaan dan pembentukan unit khas untuk sekolah mubaligh dalam Kementerian Pelajaran.

Di samping itu, isu lain berkaitan dengan rundingan antara kerajaan dan pihak berkuasa sekolah mubaligh dalam pelantikan pengetua/guru besar, mengekalkan ciri-ciri sekolah mubaligh berhubung kemasukan pelajar dan tenaga pengajar dari pelbagai kumpulan etnik dan soal status tanah pajakan sekolah mubaligh.

Ketika ini, kira-kira 250,000 pelajar menuntut di 410 buah sekolah mubaligh di negara ini.

— BERNAMA


Baca Lagi>>>

Wednesday, June 17, 2009

Perisian Everything Mudahkan Carian File dalam PC Anda

Sekiranya anda lupa dimanakah anda save fail anda, anda boleh menggunakan perisian kecil dan pantas ini untuk mengesan lokasi fail anda didalam PC, perisian ini amat mudah digunakan berbanding Carian asal yang disediakan oleh windows vista..



Download Disini..


Baca Lagi>>>