“ Perjalanan beribu batu, bermula dari langkah pertama “. Sememangnya tidak dapat dinafikan pencapaian di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) menjadi kayu pengukur prestasi sesebuah sekolah. Biarpun apapun sistem yang diperkenalkan di dalam Sistem Pendidikan Negara kita, peperiksaan awam tetap dilihat sebagai pengukur utama harga diri, maruah, martabat dan prestasi sesebuah sekolah. Impaknya berlakulah pelbagai episod untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan awam sekolah sehingga matlamat Falsafah Pendidikan Negara diabaikan. Maka tidak hairanlah generasi yang kita lahirkan melalui sistem pendidikan kita tidak sebagaimana generasi yang kita mahu lahirkan melalui sistem ini. Persoalannya siapakah yang mahu dipersalahkan ?
Kita tentu tidak mahu terus menyanyikan lagu “ Bangau Oh Bangau “. Kita juga sudah tentu tidak mahu terus melatah, “ Sudah terhantuk baru mengadah “. Setiap kali berlakunya tragedi atau gejala yang tersasar dari matlamat yang ingin kita capai melalui Sistem Pendidikan Negara maka kitapun terpaksa mengubah sistem. Memang baik belajar daripada kesilapan. Malahan agamapun menuntut kita untuk menghisab atau memuhasabah diri, supaya yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Namun sampai bilakah kita mahu terus mencipta sempadan-sempadan baru ? Lebih menyedihkan apabila kita terpaksa kembali ke sempadan yang suatu ketika pernah kita tinggalkan.
Siapakah yang bersalah ? Tentu sahaja bukan salah guru-guru kita yang menjadi pendukung matlamat Falsah Pendidikan Negara. Guru-guru kita yang pada tahun ini diamanahkan sebagai “ Pembina Negara Bangsa “. Siapakah yang tidak tertekan sehingga mengabaikan matlamat yang ingin kita capai sekiranya segala-galanya masih diukur melalui pencapaian di dalam peperiksaan awam. Kita laungkan Sekolah Kluster, Sekolah Cemerlang, Sekolah Lonjakan Saujana, Sekolah Harapan Negara atau apa sahaja yang ada kaitan dengan pengiktirafan kualiti sesebuah sekolah, agendanya tetap sama – prestasi pencapaian di dalam peperiksaan awam masih tetap berada di persada tertinggi di dalam penilaiannya. Malahan amat menyedihkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) guru-guru kita, turut dikaitkan dengan prestasi pencapaian sekolah di dalam peperiksaan awam.

Sekian. Terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
ASRI BIN OM
Guru Besar,
SK Sungai Apin, PPD Simunjan.
Guru Besar,
SK Sungai Apin, PPD Simunjan.
0 comments:
Post a Comment