Subscribe

RSS Feed (xml)

Sunday, May 3, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Sukacita memaklumkan bahawa sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di bandar Kuala Terangganu, Terangganu Darul Iman. Majlis tersebut akan disambut pada hari Sabtu, 16 Mei 2009. Tema Sambutan Perayaan Hari Guru 2009 ialah:-


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


Justeru itu, dengan penuh rasa sopan, rendah diri dan terima kasih ingin diucapkan rasa penghargaan tidak terhingga kepada semua warga guru terdahulu, kini dan masa hadapan yang telah dan akan menabur bakti, jasa, keringat, semangat, kesungguhan dan ilmu tanpa mengenal rasa payah dan kecewa demi melahirkan warga Malaysia yang berketrampilan, beradap mulia, berilmu pengetahuan dan mempunyai jati diri yang kental.


Diharapkan semua warga pendidik akan terus mendapat penghormatan yang sepatutnya di dalam masyarakat supaya ilmu yang dicurahkan diredhi dan yang dipelajari akan diberkati. Sekian.

0 comments: