Subscribe

RSS Feed (xml)

Saturday, April 25, 2009

Kajian PPSMI Sedia dibentang kepada Kabinet

PUTRAJAYA 14 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah siap dan sedia untuk dibentangkan kepada Kabinet.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada beberapa kementerian sebelum ia dibentangkan kepada jemaah menteri supaya segala keputusan yang dibuat nanti merupakan langkah terbaik untuk semua pihak.

''Saya sendiri masih belum meneliti kertas kajian tersebut dan satu mesyuarat mengenainya akan diadakan minggu depan,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas antara beliau dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini.

Hari ini adalah hari pertama beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Menteri Pelajaran sejak pengumuman barisan Kabinet baru Khamis lalu.

Beliau sebelum itu diberikan taklimat mengenai pentadbiran serta pengurusan kementerian dan isu-isu berbangkit oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Muhyiddin memberitahu, para pegawai Kementerian Pelajaran telah diarah turun padang secara lebih kerap bagi meninjau kemudahan di sekolah-sekolah supaya Dasar Pendidikan Negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Mana-mana masalah yang boleh diselesaikan segera, kita minta pegawai-pegawai yang ada kuasa melakukannya.

"Kita nak pastikan bukan saja dasar-dasar sedia ada dapat dilaksanakan tetapi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bermula sejak 2006 diteruskan," ujarnya.

Katanya, pendekatan sedemikian adalah penting kerana terdapat kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah di seluruh negara.

"Kementerian juga tidak mungkin menghadapi masalah memandangkan kita mempunyai jumlah tenaga kerja lebih 500,000 orang," jelasnya.

Sementara itu, Hishammuddin dalam sidang akhbar berasingan berkata, pelantikan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran menunjukkan keseriusan kerajaan untuk membentuk modal insan yang bermula dari peringkat kanak-kanak.

Beliau yakin, kehadiran Muhyiddin akan membolehkan kementerian tersebut mencapai setiap matlamat dan sasaran walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk kesan ekonomi global tidak menentu.


Baca Lagi>>>

Monday, April 20, 2009

Ujian Bulanan SK Sungai Apin

Hari ini bermulanya ujian Bulanan SK Sungai Apin untuk bulan April, semoga semua pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan penuh keyakinan..


Baca Lagi>>>