Subscribe

RSS Feed (xml)

Thursday, May 28, 2009

Menu Office 2003 pada Office 2007

Dengan menggunakan perisian ubit menu ini anda akan dapat menggunakan menu 2003 pada office 2007, perisian ini amat berguna bagi mereka yang merasa sukar menggunakan paparan office 2007..



Download Disini..


Baca Lagi>>>

Perisian Gabung FLV Video

Anda mempunyai pelbagai video flv yang di download dari website youtube, kini anda boleh menggabungkannya menjadi 1 fail dengan menggunakan perisian percuma ini..



Download Disini..


Baca Lagi>>>

Monday, May 25, 2009

Tukar Saiz Gambar Animasi GIF Anda

Dengan perisian percuma ini anda dapat menukar saiz gambar animasi GIF anda dengan cepat dan mudah tanpa menghilangkan kualiti gambar tersebut..



OS required: Windows 98, Window Me, Window 2000, Windows XP (SP1 or later), Windows 2000 (SP3 or later), Windows Server 2003, or Windows Vista


Download Disini..


Baca Lagi>>>

Thursday, May 21, 2009

Dari Meja Guru Besar

“ Perjalanan beribu batu, bermula dari langkah pertama “. Sememangnya tidak dapat dinafikan pencapaian di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) menjadi kayu pengukur prestasi sesebuah sekolah. Biarpun apapun sistem yang diperkenalkan di dalam Sistem Pendidikan Negara kita, peperiksaan awam tetap dilihat sebagai pengukur utama harga diri, maruah, martabat dan prestasi sesebuah sekolah. Impaknya berlakulah pelbagai episod untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan awam sekolah sehingga matlamat Falsafah Pendidikan Negara diabaikan. Maka tidak hairanlah generasi yang kita lahirkan melalui sistem pendidikan kita tidak sebagaimana generasi yang kita mahu lahirkan melalui sistem ini. Persoalannya siapakah yang mahu dipersalahkan ?



Kita tentu tidak mahu terus menyanyikan lagu “ Bangau Oh Bangau “. Kita juga sudah tentu tidak mahu terus melatah, “ Sudah terhantuk baru mengadah “. Setiap kali berlakunya tragedi atau gejala yang tersasar dari matlamat yang ingin kita capai melalui Sistem Pendidikan Negara maka kitapun terpaksa mengubah sistem. Memang baik belajar daripada kesilapan. Malahan agamapun menuntut kita untuk menghisab atau memuhasabah diri, supaya yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Namun sampai bilakah kita mahu terus mencipta sempadan-sempadan baru ? Lebih menyedihkan apabila kita terpaksa kembali ke sempadan yang suatu ketika pernah kita tinggalkan.

Siapakah yang bersalah ? Tentu sahaja bukan salah guru-guru kita yang menjadi pendukung matlamat Falsah Pendidikan Negara. Guru-guru kita yang pada tahun ini diamanahkan sebagai “ Pembina Negara Bangsa “. Siapakah yang tidak tertekan sehingga mengabaikan matlamat yang ingin kita capai sekiranya segala-galanya masih diukur melalui pencapaian di dalam peperiksaan awam. Kita laungkan Sekolah Kluster, Sekolah Cemerlang, Sekolah Lonjakan Saujana, Sekolah Harapan Negara atau apa sahaja yang ada kaitan dengan pengiktirafan kualiti sesebuah sekolah, agendanya tetap sama – prestasi pencapaian di dalam peperiksaan awam masih tetap berada di persada tertinggi di dalam penilaiannya. Malahan amat menyedihkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) guru-guru kita, turut dikaitkan dengan prestasi pencapaian sekolah di dalam peperiksaan awam.

Sekian. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

ASRI BIN OM
Guru Besar,
SK Sungai Apin, PPD Simunjan.



Baca Lagi>>>

Free DVD Cutter to cut DVD Video (VOB)

Looking for a free DVD cutter to cut your DVD video (VOB) easily? Despite the name, DVD Cutter Plus 1.0 is a completely free DVD Cutter you can use to cut some parts from your VOB video in a few steps only. As you can see from the screenshot below, the usage of this VOB cutter freeware is pretty straightforward.

How to cut DVD video

  • Open the DVD video file by clicking the “open” button.
  • Drag the slider bar to the beginning of the frames that you want to cut and press “Mark Start”.
  • Drag the slider bar to the end of the frames that you want to cut and press “Mark End”.
  • If you want to be sure that you don’t cut the wrong part, click “Play Selected” to play the marked frames.
  • Click “Save” to start cutting the part. Done.

DVD Cutter is a freeware built for Windows. The program maintains the VOB video quality so there is no quality loss in the extracted or clipped video. DVD Cutter is built for Windows only.


Download DVD Cutter to cut DVD video



Baca Lagi>>>

Tuesday, May 19, 2009

Portable Movie Maker dengan 147 Transitions and 76 Effects !!

Portable Windows Movie maker ini direka untuk windows 7, tetapi ianya dapat digunakan dengan windows vista dan xp dengan versi portable ini, keistimewaanya ialah terdapat tambahan 147 transitions dan 76 effect yang baru...

Download Link

Selamat Mencuba...


Baca Lagi>>>

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru!!!

When God created teachers,
He gave us special friends
To help us understand His world
And truly comprehend
The beauty and the wonder
Of everything we see,
And become a better person
With each discovery.

When God created teachers,
He gave us special guides
To show us ways in which to grow
So we can all decide How to live and how to do
What's right instead of wrong,
To lead us so that we can lead
And learn how to be strong.

Why God created teachers,
In His wisdom and His grace,
Was to help us learn to make our world
A better, wiser place.


Baca Lagi>>>

Wednesday, May 13, 2009

Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Apin 2009

Kejohanan sukan tahunan SK Sungai Apin telah berlansung dengan jayanya pada hari Rabu 13 Mei 2009. Kejohanan yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang itu telah dirasmi oleh Pegawai Pelajaran Daerah Simunjan, En. Ahmat@Ibrahim B Sah. Keputusan rasmi kejohanan ialah seperti berikut :

Johan Keseluruhan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Biru
Tempat Ketiga : Rumah Kuning
Tempat Keempat: Rumah Hijau

Panorama Kejohanan


Baca Lagi>>>

Monday, May 11, 2009

FLV Cutter - Kerat FLV Video dengan Free FLV Cutter


Anda mempunyai FLV video, tetapi hanya sebahagian yang menarik perhatian anda, anda boleh menggunakan perisian percuma ini untuk memotong bahagian yang anda suka. Free Video Cutter menyokong beberapa video formats, termasuk FLV file. Perisian ini senang digunakan.

Download Link

Selamat Mencuba..


Baca Lagi>>>

Teks Perutusan Sempena Hari Guru 2009

PDF



Perutusan Menteri Pelajaran Hari Guru 2009

Muat Turun : 2396 kali (121.64 KB)



PDF



Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran

Muat Turun : 2524 kali (65.02 KB)



Sumber: Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia


Baca Lagi>>>

Tuesday, May 5, 2009

Speedbit Video Accelerator Mempercepatkan Loading Youtube



Dengan menggunakan SpeedBit Video Accelerator anda akan dapat mengurangkan masa menunggu loading video daripada laman web youtube, perisian ini adalah perisian percuma tidak memerlukan tetapan, hanya install dan software ini akan menjalankan tugasnya secara automatik.

Download Link

Selamat mencuba..


Baca Lagi>>>

Firetune Lajukan Browser Firefox Anda

Firetune adalah aplikasi untuk melajukan browser Firefox, terdapat beberapa tetapan untuk dipilih bagi melancarkan browser Firefox anda, antara tetapan yang boleh dipilih ialah:

1.Fast computer/fast connection
2.Fast computer/slow connection
3.Slow computer/fast connection
4.Slow computer/slow connection

Selamat Mencuba...
Download Link





Baca Lagi>>>

Joghaton SK Sungai Apin 2009

Penyertaan terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah dan sesiapa yang berminat. Kad penyertaan boleh diambil dengan saudara Hairul. penyertaan masih terbuka sampai pukul 6.00am pada 9, Mei, 2009. Hadiah-hadiah menarik disediakan bagi pemungut kutipan terbanyak, tempat pertama, kedua, ketiga.

Tarikh: 9, Mei, 2009
Tempat: SK. Sungai Apin.

Sama-samalah kita memeriahkan sukan sekolah, majulah sukan untuk kesihatan kita....


Baca Lagi>>>

Sunday, May 3, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Sukacita memaklumkan bahawa sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di bandar Kuala Terangganu, Terangganu Darul Iman. Majlis tersebut akan disambut pada hari Sabtu, 16 Mei 2009. Tema Sambutan Perayaan Hari Guru 2009 ialah:-


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


Justeru itu, dengan penuh rasa sopan, rendah diri dan terima kasih ingin diucapkan rasa penghargaan tidak terhingga kepada semua warga guru terdahulu, kini dan masa hadapan yang telah dan akan menabur bakti, jasa, keringat, semangat, kesungguhan dan ilmu tanpa mengenal rasa payah dan kecewa demi melahirkan warga Malaysia yang berketrampilan, beradap mulia, berilmu pengetahuan dan mempunyai jati diri yang kental.


Diharapkan semua warga pendidik akan terus mendapat penghormatan yang sepatutnya di dalam masyarakat supaya ilmu yang dicurahkan diredhi dan yang dipelajari akan diberkati. Sekian.


Baca Lagi>>>