Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru.
Guru yang Profesional | Guru yang tidak Profesional |
Mula kerja awal pagi | Mula kerja setelah loceng berbunyi |
Sedia bergerak awal hari | Sudah pun letih di awal pagi |
Mengurus dengan merancang | Mengurus dengan krisis |
Berpakaian secara 'profesional' | Berpakaian selekeh |
Guna waktu luang sebagai waktu | Guna waktu luang mengumpat dan mengeji 'kerja' |
Suka ikuti latihan kerana berikan perkem bangan profesional | Komen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perlu |
Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar | Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu |
Cari perkara-perkara untuk dipuji | Cari perkara-perkara untuk dikomplen |
Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan | Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan |
Sedia buat keputusan dan selesai masalah | Bertanya "Apa patut saya buat?" |
Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan | Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geram |
Melanggan dan membaca jurnal profesional | Fikir jurnal profesional sebagai membazir |
Mendapat penghormatan setiap hari | Merungut kerana tidak dapat penghormatan |
Buat yang terbaik | Buat apa orang lain buat |
Kembangsuburkan kerjaya mereka | Bimbang tentang kerja mereka |
Sumber.
AZMI ABDULLAH.
2 comments:
Setuju dengan pandangan Mr Azmi Abdullah mengenai Guru Sebenar dalam kalangan guru pada hari ini.
Guru Sebenar (GS)....must use and develop their knowledge and skills to make instructional decisions, engage children in learning, inspire curiosity and interest, and assess student progress.
GS must have 7 principles of highly collaborative professional development...example :
1. Establish a shared vision ( untuk apa visi dan misi sekolah diadakan...diterjemah, difahami dan disebarkan kepada semua warga sekolah)
2. Create community
3. Capitalize on similarities and differences
The mediocre teacher tells.
The good teacher explains.
The superior teacher demonstrates.
The great teacher inspires.
Guru yang biasa memberitahu.
Guru yang baik memberi penjelasan.
guru yang bagus memberi tunjuk ajar.
Guru yang terbaik (cemerlang)memberi inspirasi.
Post a Comment